Bismillahhirrohmanirrohim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Dunia penuh dengan Ilmu,
Ramai yang terlupa kerana kerja nikmat dunia,
Biarlah dengan kehidupan mereka,
Tapi jangan menyesal bila dah tersedar,
Saat itu kau rasa menyesal dengan kebodohan engkau.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberikan aku peluang untuk meneruskan kehidupan aku pada hari ini. Kenapa kita perlu berterima kasih pada Allah ? Sebab Allah masih memberi peluang kepada kita untuk kita terus bertaubat kepadaNya dan masih banyak dosa yang kita lakukan di bumi ini.
Assif Jiddan sebab beberapa hari ni aku agak sibuk dengan sebuah Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Islam Nasional "Melahirkan Pemimpin Al-Qawiyy Al-Amin" Banyak universiti yang terkemuka hadir pada Konvensyen tu, UnisZa, UiTM, UM, UUM, IIUM, Darul Quran, UIA dan banyak lagi, Jadi aku ni yang tiada ilmu begitu rendah diri sebab sedar diri yang aku ni kekurangan Ilmu. Jadi dalam program tu aku jadi agak pendiam.
Sebelum aku terangkan dengan lebih lanjut, meh sni ak nak terangkan maksud Al-Qawiyy dan Al-Amin.
Al-Qawiyy tu bermaksud Berkompetensi manakala Al-Amin tu bermaksud Berintergiriti. Untuk menjadi pemimpin mahasiswa islam yang mantap ! kita kena ada Al-Qawwiy dan Al-Amin dalam diri kite ni. Kalau nak tau kenapa Al-Qawiyy Al-Amin, go this blog http://kawaiihana.weebly.com/
Haa, itulah dia poster PIMPIN2015 ! Mengumpulkan para ilmuan yang tersohor dan berkredibiliti. Seperti YBhg. Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin ( Pengerusi Eksekutif Brainy Bunch Islamic Montessori ) , YBhg. En Muhammad Zamri ( Pengarah Kanan Perhubungan Korporat ) dan Ybhg. Ustaz Mohd Zamri ( KPP Institut Latihan Islam Malaysia ) dan ramai lagi la..tak terhingga seronok dia tu mcm nak melompat setinggi gunung kinablu..haa gituu seronok dia kan.
Soo, ak nak postkan gambar2 semasa di sana. Oh yer sebelum tu, Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Islam Nasional ni berlangsung selama 2 hari, di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi anjuran JAKIM. Menempatkan universiti tempatan yang gah namanya di dunia IPTA. Seperti UnisZa, UiTM, UIA, DQ (Darul Quran), IIUM, UUM, UIA, UM, UTeM, UTP dan banyak lgi, Aku ni jer dri Management and Science Universiti (MSU) bawah IPTS. hohoho..
Gambar2 yang ak nak postkan ni dari Hari Pertama smpi la ke Hari Kedua
HARI PERTAMA.
Tuan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam MSU (PMIMSU)
Inilah tuan presiden aku
Majlis Perasmian.
Slot Korporat Dakwah, SubhanAllah slot ini yang begitu memberi impak terhadap kami yang hadir
Nampak serupa tapi tidak, huhu
Inilah aku, #Mahasiswa Islam Tolak Keganasan!!
Actually banyak lgi gambar sebenar yer but penuh sangat. So, kte proceed to second day.
HARI KEDUA
Slot Jiwa Al-Fateh
Tak sangka ikon yang aku minat iaitu Amin Idris !!
salah satu slot yang membuka minda remaja yang hadir.
Bersama Mas Sigit dri Indonesia !!
MashaAllah, ilmu yang banyak beliau telah beri kepada kami semua. Nampak orang ya biasa,
tapi ilmu ya sangat luar biasa.
Ehem2, InshaaAllah suatu hari nanti, Kami dari Persatuan Mahasiswa Islam MSU (PMIMSU)
akan cuba sedaya upaya kami untuk bangkit kan Islam dalam MSU sendiri walaupun
banyak rintangan yang kami akan hadapi. !!
ALLAHUAKBAR !!
Jadi, ble kte hadir di Majlis Ilmu ni, bukan setakat kte menerima ilmu yang dapat but kite praktikkan dalam kehidupan seharian kte, sebab kalau kte dtg but tk buat ap2, ibarat mencurah air di daun keladi, ilmu tu tak melekat dekat diri kte sbb kte tk praktikkan dalam kehidupan seharian kte, jangan ingat kte dh gi Majlis Ilmu kte dh cukup bagus, NO ! that is totally wrong..
Dan akhir penutup bicara dari Hamba Allah yang Hina ini, kita sama2 hayati hadis ini.
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْفَرَائِضَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْقُرْآنَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ فَإِنِّي امْرُؤٌ مَقْبُوضٌ وَالْعِلْمُ سَيُقْبَضُ وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ حَتَّى يَخْتَلِفَ اثْنَانِ فِي فَرِيضَةٍ لَا يَجِدَانِ أَحَدًا يَفْصِلُ بَيْنَهُمَا.
(الدارمي والدارقطني)
Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".
(Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)
credit to: http://madahalinsani.blogspot.com/p/hadith-berkaitan-ilmu.html
Assalamualaikum !! ^_^
Mr.Aziz19
Assalamualaikum !! ^_^
Mr.Aziz19

No comments:
Post a Comment