Bismillahhirrohmanirrohim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Hidup Ibarat Roda,
Sebab Kita Ini Manusia,
Yang Selalu Alpa Kerana Dunia,
Berdoalah Kepada Yang Esa,
Agar Kita Berjumpa Di Syurga.
Assalamualaikum WBT,
Ini adalah permulaan cerita aku. Seperti manusia biasa yang sering melakukan kesalahan, aku juga ada cerita aku tersendiri. Sebab apa ? Sebab manusia ni mempunyai 1001 ragam, walaupun rambut sama warna, tapi hati berbeza.
Jadi, kita sebagai manusia jangan sesekali mudah menilai manusia yang lain sbb kita ni bukan Allah untuk menilai orang. Siapa kita ? Kita hanyalah manusia yang lemah dan hina !
Ingatlah, selagi kita ini digelar manusia, selagi itulah kita akan melakukan dosa.
Bukan niat aku pun nak cakap lebih, cuma ingin memberi peringatan kepada pembaca semua. Untuk sesi taaruf kita, cukuplah kau kenal aku sebagai Aziz. Merupakan pelajar di Universiti swasta dkt Malaysia. Mengambil jurusan pentadbiran. lahir pada 1996.
Yes, itulah taaruf yang ringkas untuk pembaca semua.
Jadi di akhir ini, kita sebagai orang Islam kena sentiasa mengajak manusia lain kearah kebaikan dan kalau boleh kenalah husnuzhon dengan orang lain.
Dan untuk para pendakwah, ini ada dua ayat dari Al-Quran yang Allah
telah turunkan untuk menggembirakan hati anda sekalian bila mana
difitnah :
* وَلا
تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا ذُو حَظٍّ عَظِيم
وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا ذُو حَظٍّ عَظِيم
(Dan
tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan
cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia
ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang setia * Sifat-sifat
yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang
mempunyai keberuntungan yang besar *)
(Fussilat : 34 : 35)
(Fussilat : 34 : 35)
Mr. Aziz.19.
No comments:
Post a Comment